Mengupas Sejarah Hari Ibu !
Jika melihat
kembali sejarah, sebenarnya sejak tahun 1912 sudah ada organisasi perempuan.
Pejuang-pejuang wanita pada abad ke 19 seperti M. Christina Tiahahu, Cut Nya
Dien, Cut Mutiah, R.A. Kartini, Walanda Maramis, Dewi Sartika, Nyai Achmad
Dahlan, Rangkayo Rasuna Said dan lain-lain secara tidak langsung telah merintis
organisasi perempuan melalui gerakan-gerakan perjuangan.
Secara
resmi tanggal 22 Desember ditetapkan sebagai Hari Ibu adalah setelah Presiden
Soekarno melalui melalui Dekrit Presiden No. 316 tahun 1959 menetapkan bahwa
tanggal 22 Desember adalah Hari Ibu dan dirayakan secara nasional hingga saat
ini.
Pada
awalnya peringatan Hari Ibu adalah untuk mengenang semangat dan perjuangan para
perempuan dalam upaya perbaikan kualitas bangsa ini. Misi itulah yang tercermin
menjadi semangat kaum perempuan dari berbagai latar belakang untuk bersatu dan
bekerja bersama. Jika kita melihat sejarah betapa heroiknya kaum perempuan
(kaum Ibu) pada saat itu dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia,
apakah sepadan dengan peringatan Hari Ibu saat ini yang hanya ditunjukkan
dengan peran perempuan dalam ranah domestik. Misalnya dalam sebuah keluarga
pada tanggal tersebut seorang ayah dan anak-anaknya berganti melakukan tindakan
domestik seperti masak, mencuci, belanja, bersih-bersih, dan kemudian
memberikan hadiah-hadiah untuk sang ibu.
Satu
aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan
hari ibu lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani
Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang
agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan
tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Maret.
Perayaan
ini bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks
Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana
membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun
begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara
Barat yang lain.
Di
Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi “The Battle
Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang
popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait
lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan
politik dunia.Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan
kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s
Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari
ulang tahun kedua kematian ibunya,yaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan setiap tahun di Philadelphia.Anna
Jarvis telah menulis surat kepada
menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara
meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun
1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.
Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan
Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti dirayakan pada setiap hari Ahad kedua
dalam bulan Mei.
Para ulama berselisih
pandangan mengenai persoalan hukum merayakan ‘Hari Ibu’ ini.
Setengah ulama mengatakan bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’
sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya niat
untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
Profesor Tafsir dan
Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail,
berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan
ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.
Bid’ah dalam adat
adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia
menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir
daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan
ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan
nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Jika adat ini lahir daripada perkara
sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang
Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka
Islam melarang daripadanya.Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia
lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah
disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun
ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.
Kenapa perlu diadakan
atau diiktikadkan hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu
saja dia jadi ibu kita? Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang
mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan
bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit
kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh,
tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Hari-hari lain,
kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi penghargaan buat ibu.Kedudukan
ibu sangat mulia di sisi Islam. Berbagai masalah dilalalui ibu demi membesarkan kita. Sepatutnya disambut hari
ibu setiapa detik, menit, jam …
setiap hari, minggu, setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya
setiap hari… Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut…‘Hari
Ibu’. Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap
peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun
sesama manusia...
Sambutan Hari Ibu yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan
sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim
terhadap Allah SWT dan tidak bersifat mubazir. Di
samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah
bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan
nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.Oleh itu, penting bagi
masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari
Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak keluar dari landasan syariat Islam
yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.







0 komentar:
Posting Komentar